24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Fasa satu MRT Laluan Putrajaya beroperasi dua bulan lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA – Fasa Satu Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya dijangka akan memulakan operasinya dalam tempoh dua bulan lagi, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Beliau berkata, ketika ini, fasa satu tersebut hampir 99 peratus siap.

Menurutnya, Fasa Satu MRT yang bermula daripada Stesen MRT Kwasa Damansara ke Stesen MRT Kampung Batu bakal beroperasi pada November depan.

“Apabila Fasa Satu bermula, rangkaian pengangkutan awam rel Lembah Klang akan diperluas dengan sembilan buah stesen baru.

“Ini akan meningkatkan liputan ke kawasan baru seperti Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Kepong, Jinjang dan Kampung Batu,” katanya hari ini.

Terdahulu beliau melakukan lawatan ke tapak MRT Putrajaya di sini.

Advertisements

Di samping itu, beliau juga ingin mengesahkan bahawa kemajuan kerja bawah tanah bagi Fasa Dua MRT Laluan Putrajaya kini sedang berjalan lancar, dengan tahap kemajuan keseluruhan pada 93.52 peratus.

Ka Siong berkata, ketika ini, kerja-kerja infrastruktur utama seperti terowong, stesen dan struktur lain sudah siap manakala, perkhidmatan bangunan, kemasan seni bina dan landskap sedang disiapkan.

Menurutnya, beliau amat berbesar hati melihat tahap kemajuan ini dan yakin Fasa Dua Laluan Putrajaya ini dapat mula beroperasi seperti yang
disasarkan pada Januari 2023.

“Saya memahami rintangan dihadapi kontraktor dan subkontraktor dalam menyelesaikan kerja-kerja pembinaan sivil dan sistem laluan MRT ini disebabkan pandemik COVID -19.

“Tahniah kepada MRT Corp, Kontraktor Turnkey MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd dan Kontraktor-kontraktor Pakej Kerja, subkontraktor
dan vendor projek Laluan Putrajaya yang telah berjaya memastikan kerja-kerja diteruskan walau berbagai halangan yang perlu di hadapi,” katanya.

Katanya, pembinaan Laluan MRT Putrajaya ini tepat pada masanya kerana ia menjadi pemangkin penting dalam pemulihan ekonomi negara.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan