25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Idris, Nor Azman gugur keahlian UMNO – Rauf

Ab Rauf yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka menyifatkan tindakan Idris dan Nor Azman bagai 'duri dalam daging'

Mesti Baca

CYBERJAYA – Keahlian UMNO Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron gugur secara automatik susulan tindakannya secara terbuka menyokong Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, turut gugur keahlian oalah ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Beliau berkata, tindakan kedua-dua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan parti.

“Apabila telah dinyatakan di dalam sidang media secara terbuka, mereka bersama parti yang tidak bersama membentuk kerajaan dan meruntuhkan kerajaan, maka ianya secara automatik akan tergugur hak sebagai ahli UMNO,” jelas Ab Rauf dalam sidang media yang diadakan di kediamannya di Masjid Tanah, seperti dilapor Astro Awani hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan barisan ADUN dari UMNO dan BN.

Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka dan Nor Azman bersama dua ADUN lain, Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu – Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pangkalan Batu) hari ini mengumumkan hilang kepercayaan mereka terhadap Sulaiman dan kerajaan negeri.

Advertisements

Sementara itu, Ab Rauf yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka menyifatkan tindakan Idris dan Nor Azman sebagai ‘duri dalam daging’ yang akan ditolak oleh parti itu.

“Saya tak tahu mana duri, mana daging, (tetapi) saya nak mengatakan anggapan saya sepanjang diberikan kepercayaan kepada Ketua Menteri untuk menguruskan kerajaan negeri saya tidak memilih mereka (ADUN) duri atau daging.

“Hari ini terbukti mereka telah menjadi duri kepada daging-daging yang telah dihidangkan di hadapan mereka untuk bersama sama dalam kerajaan negeri,” tegas beliau.

Untuk rekod jumlah kerusi DUN Melaka adalah 28 kerusi dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Pakatan Harapan (PH) menang 15 kerusi dan BN 13 kerusi.

Bagaimanapun, susulan pergolakan politik di peringkat Pusat pada Februari tahun lalu yang menyaksikan PH tumbang, Melaka turut terkesan apabila dua ADUN Bersatu bersama seorang dari PKR dan DAP bertindak meninggalkan gabungan parti itu.

Susulan itu, Sulaiman dipilih menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN) gabungan Bersatu, UMNO dan Pas di Melaka dengan perbezaan dua kerusi berbanding PH. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan