Wednesday, June 17, 2026

Perkosa anak saudara, buruh dipenjara 12 tahun

Dalam pertuduhan berasingan, tertuduh tidak mengaku salah atas dakwaan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERBUATAN serakah seorang buruh memperkosa anak saudara perempuannya berusia 14 tahun pada bulan lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

Memetik laporan Kosmo! Hakim Nooriah Osman memerintahkan hukuman demikian selepas tertuduh berusia 49 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapannya.

Beliau mengarahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan itu bermula dari tarikh tangkap iaitu 20 Oktober lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kuala Terengganu pada pukul 4 pagi akhir September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan sehingga 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan berasingan, tertuduh tidak mengaku salah atas dakwaan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan