33.3 C
Kuala Lumpur
Monday, January 17, 2022

Dadah pelbagai jenis hampir RM4 juta dilupuskan esok

Kesemua dadah berkenaan adalah daripada siasatan yang dilakukan dari 2008 hingga 2020 melibatkan 8,653 rampasan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 776 kilogram (kg) dan 372 liter dadah pelbagai jenis akan dilupuskan esok dengan nilai hampir RM4 juta yang selesai dibicarakan dan telah diputuskan untuk dilupuskan oleh mahkamah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kesemua dadah berkenaan adalah daripada siasatan yang dilakukan dari tahun 2008 hingga 2020 melibatkan sebanyak 8,653 rampasan.

Antara dadah yang dijadualkan akan dilupuskan esok adalah methamphetamine seberat kira-kira 237kg bernilai RM23.7 juta, canabis (179kg) bernilai RM8.96 dan heroin (55kg) bernilai RM1.95 juta.

“Turut akan dilupuskan adalah kertas siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983 dari tahun 1982 hingga 2015 yang telah selesai berjumlah 13,935 kertas siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Tambah beliau, pelupusan kertas siasatan dilaksanakan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN A402) (Pelupusan Fail/Rekod) manakala pelupusan barang kes dadah dilaksanakan mengikut peruntukan PTKPN D207 (Pelupusan Barang Kes).

“Bagi memenuhi kehendak piawaian alam sekitar pula, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah menggunakan khidmat dan kepakaran syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. berdasarkan kewibawaan dan pengalaman mereka dalam industri pengurusan sisa.

“Pelupusan akan dijalankan di fasiliti syarikat berkenaan di Ladang Tanaherah A3 DIvision, Bukit Pelandok di Negeri Sembilan,”katanya.

Baca juga:   Kuarantin 7 hari bagi pesakit lengkap vaksinasi, tak bergejala
Baca juga:   Polis bongkar rumah setinggan jadi stor 40.3 kg ganja

Dalam pada itu, Azmi berkata, JSJN Kuala Lumpur telah mencatatkan penurunan kes narkotik dalam tempoh tiga tahun iaitu sejak 2019 hingga 24 Oktober lalu.

“Pada 2019 sebanyak 12,949 kes narkotik telah disiasat dengan 16,949 tangkapan dan rampasan hampir RM29 juta manakala pada tahun 2020 jumlah kes menurun kepada 9,048 kes dengan 11,224 tangkapan namun nilai rampasan meningkat kepada RM149 juta.

“Sepanjang tahun 2021 sehingga 24 Oktober lalu pula, JSJN Kula Lumpur telah merekodkan sebanyak 7,776 kes dengan 9,732 tangkapan dan rampasan dadah bernilai RM49 juta,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis khususnya JSJN IPK Kuala Lumpur akan terus berusaha untuk memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah dan berterusan memeranginya dengan harapan suatu ketika nanti dapat membersihkan ibu negara daripada bahan terlarang itu. – Edisi 9

Terkini

Perayaan : Jangkitan COVID-19 mungkin meningkat

JUMLAH jangkitan COVID-19 di negara ini dijangka kembali meningkat menjelang sambutan perayaan utama sekiranya orang ramai mengabaikan prosedur operasi...

Lagi Artikel Berkaitan