29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

5,726 kes harian COVID-19 dilaporkan hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 5,726 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus itu meningkat kepada 2,442,224 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,711 kes adalah penularan tempatan iaitu 5,489 warganegara (96.1 peratus) dan 222 bukan warganegara (3.9 peratus) manakala 15 lagi kes import membabitkan sembilan rakyat Malaysia dan enam warga asing.

Beliau berkata, sebanyak 598 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat tengah hari tadi dan 308 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada 5,726 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 97 kes atau 1.7 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,629 kes atau 98.3 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 5,607 kes pulih juga dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 di negara ini kini mencecah 2,340,390 atau 95.8 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan.

Baca juga:   Sekolah dibuka 3 Oktober, murid dibenar tidak pakai seragam

Sementara itu, katanya, lima daripada tujuh kluster yang dikesan hari ini membabitkan tempat kerja dan masing-masing satu kluster komuniti dan pendidikan tinggi.

“Satu daripada kluster tempat kerja yang dikesan adalah kluster berulang iaitu Kluster Industri Jalan Elkay Utama 2 di Jasin, Melaka yang kini sudah menjangkiti 75 individu.

Baca juga:   70% kluster baharu institusi pendidikan dalam tempoh seminggu

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, setakat semalam, nilai kadar kebolehjangkitan (RT) negara pada kadar 0.89 dengan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatatkan nilai RT tertinggi iaitu 0.99. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Chap Goh Mei, Thaipusam

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Lagi Artikel Berkaitan