26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Majikan perlu tanggung kos bawa masuk pekerja asing

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJIKAN bertanggungjawab untuk menanggung semua kos membawa masuk pekerja asing ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia termasuk kos saringan dan kuarantin wajib selama tujuh hari di pusat yang diperakui oleh kerajaan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-6 yang berlangsung hari ini.

Dalam masa sama Hamzah memaklumkan ketibaan semua pekerja asing hanya melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 serta Sabah dan Sarawak.

“Pintu masuk di Sabah dan Sarawak akan ditetapkan kemudian,” katanya lapor MalaysiaGazette.

Katanya, keputusan tersebut dibuat susulan persetujuan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 terhadap cadangan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) kemasukan pekerja asing ke Malaysia bagi semua sektor yang dibenarkan yang mana sektor perladangan menjadi sektor pertama yang dibenarkan untuk menerima kemasukan pekerja asing baharu.

Sebelum ini dilaporkan, tempoh kuarantin diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pekerja asing yang masuk ke negara ini adalah selama tujuh hari.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, mesyuarat pada hari ini turut membincangkan Pelan Rekalibrasi PATI yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Jelas beliau, untuk Program Rekalibrasi Pulang, seramai 147,705 PATI telah berdaftar dan daripada jumlah tersebut seramai 124,423 orang telah pulang ke negara asal.

Kata Hamzah, sebanyak RM71.368 juta dikutip menerusi kompaun daripada program itu.

“Kejayaan pelaksanaan Program Rekalibrasi Pulang ini didorong oleh pembukaan kaunter khas untuk memudah cara kepulangan PATI di beberapa pintu keluar negara seperti Lapangan KLIA dan KLIA2, Stulang Laut dan Pasir Gudang,”-Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan