26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pakai semula pelitup muka selepas makan – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai dingatkan supaya terus mengenakan semula pelitup muka setelah selesai makan di restoran.

Ingatan itu disampaikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu bakar menerusi ciapan ringkas beliau di Twitter hari ini.

Jelas Khairy, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya mendapati keadaan tersebut banyak berlaku ketika ini selepas kebenaran dine in dibenarkan.

Advertisements

“Peringatan mesra: ketika anda dine in, tolong pakai semula pelitup muka selepas anda selasai makan.

“@KKMPutrajaya dapati terlalu banyak contoh orang ramai buka pelitup muka mereka ketika bercakap.

“Bila dah habis makan dan mahu sembang pasca makan, pakai semula pelitup muka. #ReopeningSafely,” ciapnya hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan