31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Empat pegawai, 20 pemain NSFC positif Covid-19

Juara Liga Perdana itu terpaksa menarik diri daripada meneruskan aksi dalam Piala Malaysia musim ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

NEGERI Sembilan FC (NSFC) tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia untuk Musim 2021 susulan empat pegawai dan 20 pemainnya disahkan positif Covid-19.

NSFC dalam satu kenyataannya berkata, kesemua yang disahkan positif Covid-19 kini menjalani tempoh kuarantin wajib di rumah serta dipantau selama 10 hari oleh Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, ujian pengesanan Covid-19 secara berterusan sedang dilakukan bagi kontak rapat pemain dan juga pegawai yang disahkan positif berkenaan.

“Selain itu, demi menjaga keselamatan semua pihak dan mengambil berat di atas nasihat yang diberikan oleh doktor pasukan, pihak NSFC ingin memohon setinggi-tinggi kemaafan kepada para penyokong pasukan kerana hal ini turut membabitkan pembatalan perlawanan persahabatan menentang Kuching CITY FC, 20 Oktober lalu.

“Pasukan NSFC juga tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia untuk Musim 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NSFC juga berharap agar para penyokong memberi sokongan dan mendoakan kesejahteraan para pemain serta pegawai pasukan tersebut.

“Masyarakat dinasihatkan untuk tidak leka dan kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan Covid-19,” katanya.

2 September lalu, NSFC mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas menundukkan PDRM FC 4-2 dalam aksi penutup tirai saingan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Kemenangan itu menyaksikan NSFC mengumpul 41 mata selepas 20 perlawanan, manakala pesaing, Sarawak United FC di tempat kedua dengan 38 mata selepas terikat 1-1 dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Larkin.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan