28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

14 mangsa banjir di Sepang positif COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 14 mangsa dari tujuh buah keluarga yang terjejas dengan banjir kilat di 11 kawasan dalam mukim Dengkil dan Labu, Sepang, Selangor dikesan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim berkata, kesemua 14 mangsa yang positif COVID-19 kini dalam proses dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) di MAEPS Serdang.

Menurutnya, hasil ujian saringan dijalankan KKM, lima keluarga membabitkan 11 mangsa banjir dalam mukim Dengkil disahkan positif COVID-19 manakala 44 mangsa dari 10 keluarga disahkan kontrak rapat.

“Bagi mukim Labu pula seramai tiga mangsa dari dua keluarga turut dikesan positif COVID-19 manakala 10 mangsa dari dua keluarga turut disahkan kontrak rapat,” katanya seperti dilapor Kosmo Online.

Khairi Azali berkata, sehingga pukul 10 pagi ini, seramai 72 buah keluarga membabitkan 283 mangsa telah dipindahkan di tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Seramai 140 mangsa dari 36 buah keluarga dalam mukim Dengkil telah dipindahkan ke tiga PPS iaitu di Sekolah Rendah Agama (SRA) Dato’ Ahmad Razali (21 keluarga), SRA Dengkil (10 keluarga) dan Dewan Gemilang Taman Gemilang (lima keluarga).

“Bagi mukim Labu pula seramai 143 mangsa dari 36 buah keluarga dipindahkan ke empat PPS iaitu di SRA Giching (17 keluarga), SRA Labu Lanjut (15 keluarga), Dewan MPKK Labu Lanjut (dua keluarga), Balai MPKK Giching (dua keluarga),” ujarnya.

Tambahnya, keadaan terkini lokasi banjir telah menampakan sedikit perubahan dibeberapa kawasan dalam mukim Labu telah surut seperti Kampung Giching, Kampung Salak Tinggi, Kampung Cinchang, PPRT Ampar Tenang dan dalam mukim Dengkil pula di Kampung Cemperai.

“Kawasan yang masih belum surut sepenuhnya Taman Dataran Abadi, RTB Labu Lanjut dalam mukim Labu serta Cure & Care Vocational Center (CCVC) Kota Warisan dan Kampung Sri Tanjong, mukim Dengkil.

“Buat masa ini pihaknya menyediakan bantuan makanan empat kali sehari kepada kesemua mangsa yang berada di PPS,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan