34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Johor, Terengganu beralih ke Fasa 4 PPN Isnin ini – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju membenarkan Johor dan Terengganu beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), bemula 25 Oktober.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan fasa itu mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini.

“Keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Peralihan fasa bagi dua negeri itu menjadikan sembilan negeri sudah berada dalam Fasa 4 PPN, manakala tujuh lagi negeri masih berada dalam Fasa 3.

Advertisements

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan kemudahan vaksinasi lengkap untuk golongan dewasa ketika ini turut diperluaskan kepada golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang melengkapkan dos pelalian mereka.

Menurutnya, ini bermakna syarat vaksinasi lengkap bagi golongan remaja akan dinyatakan dalam semua Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Bagaimanapun, ia tidak akan dilaksanakan serta merta. Kerajaan akan selaraskan kemudahan berkaitan dan memberi golongan remaja tempoh penangguhan selama tiga minggu atau sehingga pertengahan bulan November.

“Tempoh ini adalah bagi memastikan kira-kira 80 peratus remaja yang menerima dos pertama ketika ini, selesai divaksin lengkap,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan