26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

Langkawi dibuka kepada pelancong antarabangsa 15 November

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN telah menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan pelancong antarabangsa bercuti di Pulau Langkawi bermula 15 November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dicapai susulan persetujuan Jawatankuasa Pengurusan Pandemik COVID-19 terhadap cadangan SOP Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), berhubung Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) bagi Projek Rintis Pulau Langkawi.

Menurutnya, terdapat empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu melibatkan SOP pra perlepasan, ketibaan dan penginapan; pra perlepasan pulang ke negara asal dan projek rintis.

“Bagi syarat pra perlepasan, kumpulan sasaran pelancong antarabangsa perlulah dalam kalangan pelancong berkualiti (high yield), individu yang divaksin lengkap, anak di bawah umur 18 tahun wajib hadir bersama-sama ibu bapa atau penjaga masing-masing divaksin lengkap dan dari senarai negara yang dibenarkan tertakluk kepada Jabatan Imigresen Malaysia/Kementerian Kesihatan (KKM) atau Kementerian Luar Negeri.

“Tempoh tinggal adalah sekurang-kurangnya tiga hari, tiada syarat kuarantin dikenakan (terpakai untuk Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi sahaja), melaksanakan ujian RT-PCR Covid-19 72 jam sebelum berlepas dan wajib dalam bentuk digital atau cetakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri turut menyatakan beberapa syarat iaitu keperluan pelancong antarabangsa memiliki insurans minimum US$80,000 (RM332,000), wajib menggunakan khidmat pelancongan (pengendali pelancongan berlesen di bawah MOTAC), wajib mempunyai pasport dan visa Health Declaration Form LoU and Indemnity, memuat turun aplikasi MySejahtera dan mendaftar sebelum berlepas.

Baca juga:   Cubaan PATI Rohingya masuki perairan negara dipatahkan

Menurutnya, bagi syarat ketibaan dan penginapan pula adalah melalui lapangan antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), membuat ujian pengesanan air liur (1 jam 30 minit) atau terus ke Langkawi (wajib ujian RT-PCR Covid-19 pada hari kedua).

Baca juga:   MyIPO nilai ciptaan Maryam untuk dipatenkan

“Sekiranya didapati positif, individu berkenaan akan terus dibawa ke pusat pengasingan atau kuarantin atau hospital swasta (mengikut kategori).

“Malah, perlu menggunakan seorang pemandu pelancong dalam satu kumpulan lawatan (maksimum 20 orang),” katanya.

Tambah beliau lagi, sekiranya melancong selama tiga hari, ujian saringan RT-PCR Covid-19 pada hari kedua memadai (boleh digunakan untuk berlepas pulang ke negara asal).

“Sekiranya melancong lebih lima hari, wajib melakukan ujian saringan pada hari kelima dengan semua kos ditanggung sendiri oleh pelancong.

“Ujian RT-PCR Covid-19 diperlukan bagi syarat pra perlepasan pulang ke negara asal iaitu 72 jam sebelum berlepas.

Sekiranya melancong selama tiga hari, ujian saringan pada hari kedua boleh digunakan untuk berlepas pulang ke negara asal,” katanya.

Menurutnya, projek rintis berkenaan akan dijalankan selama tiga bulan bagi KKM dan MKN bagi menilai keberkesanannya sebelum dilaksanakan di pulau-pulau peranginan serta kawasan pelancongan yang lain.

-EDISI9

Terkini

Trend kahwin lewat, kes cerai menurun antara perkongsian DOSM

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) berkongsikan maklumat penduduk di negara ini kini mula berkahwin pada usia lewat 20-an berbanding awal...

Lagi Artikel Berkaitan