34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pekerja asing dibenar masuk penuhi keperluan sektor perladangan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pekerja asing ke Malaysia khususnya bagi memenuhi keperluan sektor perladangan seperti yang dibentangkan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP tersebut akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan dan diluluskan secara case-by-case basis oleh Jawatankuasa Pekerja Asing yang dipengerusikan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Menurutnya, kuota dan tarikh kemasukan pekerja asing bagi sektor pekerjaan lain adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat bersama dua menteri itu.

“Terdapat empat SOP yang ditetapkan iaitu pra perlepasan, semasa ketibaan, selepas ketibaan dan pasca kuarantin. Bagi SOP pra perlepasan, perlu menerima vaksinasi lengkap di negara sumber (diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)); melakukan ujian saringan menggunakan RT-PCR 72 jam sebelum meninggalkan negara asal; mengemukakan sijil vaksinasi serta mematuhi syarat dan dasar imigresen serta lain-lain kriteria yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, bagi SOP semasa ketibaan pula, hanya melalui satu pintu masuk iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2 sahaja (kecuali pekerja asing dari Thailand – kru vessel penangkapan ikan tempatan melalui laluan darat seperti Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Betong dan Rantau Panjang).

Menurutnya, segala urusan adalah dengan wakil majikan dan agensi kerajaan berkaitan (Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Kawal Selia dan lain-lain)

“Melalui laluan khas (Special Lane) kemasukan pekerja asing, dan mempunyai wakil perwakilan diplomatik negara sumber (pilihan),” katanya.

Bagi SOP selepas ketibaan pula, menurut beliau berhubung pelaksanaan kuarantin, tempoh kuarantin diselaraskan dengan KKM (tempoh kuarantin wajib adalah tujuh hari), berada di pusat kuarantin yang diperakui kerajaan di sekitar Lembah Klang sahaja (pengecualian kepada pekerja asing warga Thailand yang bekerja sebagai kru vessel penangkapan ikan tempatan yang akan menggunakan pusat kuarantin berdekatan pintu masuk).

Menurutnya, ujian RT-PCR perlu dilakukan pada hari kedua dan hari keluma tempoh kuarantin dan sekiranya positif, kes kategori 1 atau 2 perlu disolasi di PKRC swasta, manakala kes kategori 3, 4 dan 5 perlu dirujuk ke hospital swasta.

“Bagi SOP pasca kuarantin, selepas tamat kuarantin dan disahkan negatif, pekerja asing akan dibawa ke premis majikan menggunakan pengangkutan disediakan majikan selain urusan FOMEMA.

“Pekerja asing perlu mematuhi SOP yang ditetapkan majikan,” katanya.

16 Oktober lalu, media melaporkan pendapatan agak lumayan yang ditawarkan oleh sektor perladangan terutama untuk kerja menuai, masih tidak mampu menarik minat warga tempatan untuk menjadikannya sebagai bidang kerja.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, disebabkan itu, sektor berkenaan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja sehingga boleh menjejaskan hasil tuaian antaranya di ladang kelapa sawit.

Menurut Zuraida, negara berhadapan kekurangan pekerja penuai, pekerja tempatan boleh buat kerja menuai juga jika mereka mahu, tetapi mereka kata kerja itu berat dan susah.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan