28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bekalan air luar bandar: 38 projek sedang dilaksanakan di Sarawak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang melaksanakan 38 buah projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) diseluruh Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keseluruhannya sebanyak RM1.7 bilion diperuntukkan bagi projek tersebut bagi tahun ini.

“Keseluruhan negeri Sarawak, projek yang sedang dijalankan adalah sebanyak 38 projek bekalan air seperti di Serian ini dan kos keseluruhan projek yang sedang dijalankan itu adalah RM1.7 bilion diseluruh negeri Sarawak.

“Ini adalah sebahagian tanggungjawab Kementerian Pembangunan Luar Bandar berkaitan dengan prasarana untuk rakyat khususnya di negeri Sarawak.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau Tangki Air Aras Tinggi dan Simbolik Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Mentong Merau/Mongkos, Serian, Sarawak, hari ini.

Mahdzir ketika meninjau Tangki Air Aras Tinggi dan Simbolik Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Mentong Merau/Mongkos, Serian, Sarawak, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Mahdzir berkata, KPLB akan terus membuat penyambungan projek BALB itu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang telah berjalan mulai tahun ini sehingga tahun 2025.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) telah mengumumkan RMK12 tiga minggu lalu di Dewan Rakyat dan kita mengambil kutipan dari bajet itu untuk 2021 hingga 2025.

“…dan 2022, In Shaa Allah pada minggu hadapan ada pengumuman bajet diperingkat Dewan Rakyat… kita akan tahulah lebih kurang perbelanjaan yang akan digunakan untuk tahun 2022.”

Mengenai projek bekalan air di Kampung Mentong Merau/Mongkos itu, Mahdzir berkata projek tersebut bermula sejak 2017 dan menelan kos RM112 juta.

“Ia memberi manfaat kepada 14,385 penduduk di kawasan terbabit.

Pembinaannya melibatkan kerja saluran paip sepanjang 165 km, pembinaan tangki aras tinggi berkapasiti 1 juta liter di Kampung Senggai Mawang dan 2.5 juta liter di Kampung Muara Ahi.

Projek turut melibatkan pemasangan paip ke rumah-rumah dan pembinaan stesen pam penggalak.

“Projek ini boleh menampung sebanyak lebih kurang lima ribu buah rumah penduduk dan projek ini dijangka projek pada November 2021. Pembikinan paip rumah-rumah sedang disusun dan kalau semuanya berjalan maknanya hujung tahun ini, penduduk dapat menggunakan air bersih daripada projek ini,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan