29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PRN Melaka: PN mungkin bertanding di semua 28 kerusi

Berikutan langkah UMNO enggan bekerjasama dengan Bersatu menghadapi PRN Melaka bulan depan

Mesti Baca

PERIKATAN Nasional (PN) berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, secara dasarnya perkara itu sudah dipersetujui semua parti komponen dalam gabungan berkenaan.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, pecahan kerusi antara parti komponen PN bergantung kepada keadaan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PN.

“Itu sebab semalam saya gesa segerakan rundingan antara parti dalam PN.

“Pada dasarnya mereka bersetuju 28 kerusi DUN yang dipertandingkan di Melaka kita bahagikan mengikut situasi dan keadaan dan diharapkan kita dapat mencapai kejayaan.

“Saya fikir besar kemungkinan kita bertanding di semua kerusi dan 28 kerusi dibahagikan di antara parti yang saya sebutkan tadi (Bersatu, Pas dan Gerakan),” katanya di Bukit Gambir, Johor hari ini.

Advertisements

Mengulas mengenai kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Muhyiddin berkata beliau sudah menjangkakan keputusan UMNO untuk tidak bekerjsama dengan Bersatu.

“Saya dah agak perkara itu… responsnya begitu… tapi sebagai satu tindakan berhemah di peringkat kita… kita nak dengar mereka kata sah… dan sekarang mereka kata ‘no way’ dan itu fakta.

“Saya dah maklumkan di Melaka dah kita bersedia untuk hadapi apa saja bentuk pertandingan sama ada secara dua, tiga atau empat 4 penjuru… itu tidak menjadi masalah bagi kita,” jelasnya.

Sebelum ini, Zahid mengulangi pendirian untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu termasuk dalam PRN Melaka sepertimana diputuskan ahli parti dalam Perhimpunan Agung UMNO Februari lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, sama ada UMNO akan bekerjasama dengan parti lain khususnya Pas, hanya akan diputuskan di peringkat Biro Politik, Majlis Tertinggi dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan