25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

Tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam berdasarkan data yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Bagaimanapun, sebanyak 78 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian COVID -19 di Malaysia sebanyak 28,312 kes.

Daripada jumlah tersebut, terdapat 17 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan jumlah kes BID sebanyak 5,718 kes.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Sarawak (17), Perak (11), Selangor (11), Pulau Pinang (10), Johor (9), Sabah (7), Kedah (6), Negeri Sembilan (3), Kelantan (2), Perlis (1) dan Terengganu (1) serta tiada kematian di Melaka, Pahang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 80,697 kes aktif melibatkan 62,387 kes dikuarantin di rumah, 11,306 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), 6,361 kes di hospital, 323 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 320 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Namun setakat semalam juga, kes aktif menunjukkan penurunan dengan sebanyak 1,078 kes dilaporkan.

Sementara itu, daripada 6,630 kes yang dilaporkan semalam, pecahan negeri-negeri ialah Selangor (1,322 kes), Sarawak (750 kes), Sabah (641 kes), Kelantan (589 kes), Johor (548 kes), Pulau Pinang (440 kes), Terengganu (439 kes), Kedah (432 kes) dan Perak (381 kes).

Baca juga:   Gosip artis, isu tanah LGM fitnah jahat semata-mata

Selebihnya, Kuala Lumpur (322 kes), Pahang (302 kes), Negeri Sembilan (192 kes), Melaka (183 kes), Putrajaya (44 kes), Perlis (43 kes) dan Labuan (dua kes).

Baca juga:   Bakal pengantin trauma dirogol bomoh durjana

Mengenai pemberian vaksin penggalak COVID-19 pula, sebanyak 18,267 vaksin suntikan pertama diberikan kepada penerima, menjadikan jumlah keseluruhan yang diberikan sebanyak 84,941 dos. -Edisi 9

Terkini

Semua pihak elak tindakan provokasi di Laut China Selatan

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan agar semua pihak perlu mengelak daripada melakukan sebarang tindakan berunsur provokasi...

Lagi Artikel Berkaitan