30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Kes harian lepasi 6,000 dengan 6,630 kes hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian masih melepasi 6,000 dengan 6,630 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID -19 mencecah 2,420,222 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian yang dilaporkan, sebanyakn101 kes (1.5 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala, sebanyak 6,529 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Terdapat 15 kes import (11 warganegara; 4 bukan warganegara)dan 6,615 kes tempatan (6,330 warganegara (95.7%); 285 bukan warganegara (4.3%)] dilaporkan menerusi kes harian hari ini,”katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Sementara itu, beliau berkata, sejumlah 7,630 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 2,311,213 kes atau 95.5 peratus.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 653 kes (521 kes disahkan COVID-19 ; 132 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) dan kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 322 kes (230 kes disahkan COVID-19 ; 92 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan), “katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 12 kluster baharu dilaporkan hari ini dengan kluster aktif kini mencecah 580 kes.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan kepada orang ramai supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai norma baharu.

“Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok.

“Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19.

“Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita,” katanya.

Jelas beliau, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO.

“KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.- Edisi 9


Terkini

Jarak bukan penghambat kemesraan menyambut Aidilfitri

Oleh DR AZMAWATY MOHAMAD NOR HARI Raya Aidilfitri merupakan peristiwa yang menggembirakan di mana ia adalah masa untuk keluarga dan...

Lagi Artikel Berkaitan