32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

KBS cari jalan bantu 2,000 operator sukan terjejas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dalam usaha mencari jalan membantu hampir 2,000 operator sukan yang dilaporkan terjejas sejak 1 Jan lepas akibat COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, langkah itu dibuat sebagai membantu operator sukan berkenaan dapat memulakan semula perniagaan mereka.

“Sehubungan dengan itu, saya akan berbincang bersama Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk memberikan bantuan sewajarnya kepada pemain industri yang terkesan.

“KBS mengharapkan agar pakej bantuan kepada mereka dapat dimasukkan dalam Belanjawan 2022 yang bakal dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober nanti,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian dalam majlis perasmian sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 di sini.

Dalam pada itu, menurut beliau, kementerian kini sedang fokus dalam menggalakkan orang ramai untuk menceburkan diri dalam industri sukan yang diyakini mampu memberi masa depan cerah kepada mereka.

“Dalam aspek sukan, saya sentiasa sarankan atlet ternama sekarang adalah masa sesuai monetize dengan satu jenama yang boleh bawa keuntungan kepada diri mereka and sukan mereka wakili.

“Malah saya juga mahu mendorong bekas atlet serta golongan belia yang masih menganggur agar turut serta terlibat dalam bidang perniagaan di dalam industri sukan yang sebenarnya berpotensi untuk berkembang dan seterusnya dapat menjamin kelangsungan hidup mereka,” katanya.

Mengulas mengenai pelancaran Program Talent Identification and Development Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau berharap agar teknologi yang digunakan guru terlibat dapat membantu KBS meneroka bakat baharu sukan tanah air pada masa depan.

Turut dikenali Program MyTID KPM-KBS melalui kerjasama di antara KBS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ia dijangka membantu memperluaskan penyertaan bakat baharu (talent pool) seawal usia tujuh tahun yang berpotensi di peringkat akar umbi untuk dikenal pasti dengan lebih awal dan mengurangkan risiko keciciran bakat.-Edisi 9

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan