26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Masyarakat luar bandar diseru aktif bersukan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA – Masyarakat di luar bandar diseru untuk menyahut sambutan Hari Sukan Negara yang disambut setiap tahun, dengan aktif bersukan setiap masa.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, aspek penjagaan kesihatan diri melalui bersukan, amat penting bagi memastikan kehidupan seharian lebih baik.

“Ayuh seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga luar bandar dan keluarga KPLB, kita laksanakan aktiviti riadah hari ini dan teruskan bersukan pada hari-hari akan datang bagi membudayakan gaya hidup sihat, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri 1 KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri 2, KPLB, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ramlan Harun.

Advertisements

Menurut Mahdzir, KPLB bersama-sama jabatan dan agensinya, menyokong penuh usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dalam menyahut cabaran dan laungan semangat kesukanan demi menjayakan misi.

“Kita perlu seimbangkan hidup kita dengan bersukan. Oleh kerana kita dah makan pelbagai makanan termasuk yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, seharusnya bersenam itu menjadi keutamaan kita untuk mengelakkan komplikasi penyakit.

“Amalan bersukan itu tak rugi, cuma kita perlu tahu cari ruang masa dan peruntukkan masa dalam seminggu mungkin dua atau tiga hari kita perlu bersenam untuk menjaga kesihatan badan kita”, ujarnya.

HSN KPLB 2021 diadakan secara hibrid, disertai 100 warga kementerian menyertai acara senamrobik secara fizikal, manakala 600 lagi warga kerja daripada 10 agensi KPLB menyertai senamrobik secara dalam talian di seluruh negara.

Majlis perasmian HSN 2021 Peringkat Kebangsaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kementerian Belia dan Sukan hari ini.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan