Friday, June 5, 2026

Tidak perlu banyak parti politik wakili Melayu – Mahdzir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA – Negara tidak memerlukan lebih banyak parti politik mewakili orang Melayu kerana ia akan menyebabkan orang Melayu berpuak-puak kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“UMNO satu sudah cukup, ini kalau buat bagi banyak lagi, kita akan berpuak-puak.

“Ikutlah pakat-pakat dalam satu organsisasi,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Sukan Negara 2021 (HSN 2021) peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar di sini hari ini.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media yang menyebut Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah mengetuai mesyuarat dengan sekumpulan veteran UMNO bagi membincangkan usaha mewujudkan ‘UMNO lama’ semalam.

Mahdzir berkata, tiada keperluan untuk menubuhkan parti politik yang baharu sebaliknya lebih baik menyertai parti politik sedia ada di negara ini.

Mengulas mengenai cadangan penubuhan sebuah parti politik baharu iaitu Parti Kuasa Rakyat, Mahdzir berkata pada masa ini sudah terlalu banyak parti politik dalam kalangan orang Melayu.

“Orang Melayu yang banyak sangat parti ni, rakan-rakan kaum Cina dan India tidak sebanyak orang Melayu. Tak tau lah apa matlamat mereka (tubuh parti baharu),” katanya.-Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan