30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 20, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Jawatankuasa khas ditubuh adili kematian Adib – PM

Kabinet juga bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyemak semula undang-undang mengenai Pulau Batu Putih dan mengkaji dakwaan Tommy Thomas.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Mesyuarat Jemaah Kabinet bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bagi memastikan siasatan dapat dilakukan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian Adib dapat dilaksanakan.

Menurut beliau, akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut disertai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

“Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian mendapat keadilan dan sekaligus pelaku kematian dapat dihadapkan ke muka pengadilan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Adib, 24, anggota bomba dan penyelamat dari balai Subang Jaya mengalami kecederaan parah ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Dia meninggal dunia pada 17 Disember iaitu 21 hari selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dalam keadaan kritikal.

Pada 19 September 2019, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan lebih daripada dua individu yang tidak dikenal pasti menyebabkan kematian Adib.

Katanya, terpulang kepada polis dan Peguam Negara untuk membuat pendakwaan.

Pada 13 Julai tahun lalu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tiada saksi kukuh dalam kejadian itu, namun usaha masih diteruskan untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

Baca juga:   Jari kaki kanak-kanak tersepit pada eskalator

Namun Pada 25 September lalu, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata, kes Adib akan ditutup buat masa ini.

Zuraida menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada masa kejadian, dan memegang portfolio sama selepas itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Baca juga:   Penduduk Kg Melayu Ulu Tiram gempar jumpa bom

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Kabinet juga bersetuju untuk membuat semakan semula undang-undang berkaitan tuntutan Pedra Branca atau Pulau Batu Putih.

Katanya, satu jawatan kuasa khas yang akan diketuai oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohammad Apandi Ali akan dibentuk bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan opsyen-opsyen yang bersesuaian dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa.

“Usaha ini bagi menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentaksiran berkenaan kes Pulau Batu Putih.

“Pada masa sama mendapat pandangan undang-undamg awal berkenaan tindakan undang-undang di bawah Tort of Misfeasance ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan ekoran tidak meneruskan permohonan semakan dan pentaksiran kes Pedra Branca/Pulau Batu Putih,” katanya.

Dalam pada itu, satu pasukan khas siasatan juga akan digerakkan bagi membuat kajian awal sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil terhadap dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya My Story: Justice in the Wilderness. – Edisi 9

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

Utama kerja pembaikan kerosakan akibat banjir – Zafrul

KEMENTERIAN berkaitan sudah diarah untuk menyesuaikan peruntukan bagi 2022 dengan mengutamakan kerja pembaikan kerosakan akibat banjir. Menteri Kewangan, Tengku Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>