CYBERJAYA – Negara merekodkan 14,422 kes sembuh sekaligus mengatasi angka kes harian yang dilaporkan hari ini.
Hari ini sahaja, kes harian merekodkan sebanyak 8,743 kes dengan 14 kes import, menjadikan jumlah kes COVID -19 sebanyak 2,332,221 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini, jumlah kes sembuh daripada COVID -19 sebanyak 2,184,711 kes.
Menurut beliau, daripada 8,743 kes harian yang dilaporkan, 122 kes (1.4 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 8,621 kes (98.6 peratus) kategori satu dan dua.
“Sebanyak 770 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 419 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau turut memaklumkan, terdapat 10 kluster baharu dilaporkan terdiri daripada empat kluster tempat kerja, empat kluster komuniti serta dua kluster kumpulan berisiko tinggi. – Edisi 9