26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jawatankuasa khas lindungi OKU, wanita dan warga emas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH jawatankuasa khas Kabinet akan ditubuhkan kerajaan bagi menangani isu dan melindungi kumpulan rentan seperti orang kurang upaya (OKU), anak-anak yatim, golongan wanita serta warga emas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memandang serius isu yang berlaku seperti penderaan terhadap remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella yang dilihat perlu ditangani dan diselesaikan secara menyeluruh.

Katanya, jawatankuasa itu yang dipengerusikan beliau sendiri bukan hanya melihat kepada isu penderaan malah termasuk berkaitan ketiadaan dokumen pengenalan diri yang boleh menjejaskan masa depan golongan kanak-kanak terlibat.

“Jawatankuasa ini akan melihat secara keseluruhan, bukan sahaja dari segi penjagaan, cara penjagaan supaya tiada penderaan, pemantauan dan sebagainya tetapi juga dari segi kebajikan dan masa depan mereka iaitu berkaitan sijil kelahiran serta dokumen pengenalan diri.

“Selain itu, jawatankuasa ini juga akan melihat akta-akta lapuk yang dilihat perlu dipinda. Ini akan kita buat kajian supaya pembelaan dapat diberikan.

“Kita mahu tindakan segera diambil, bukan hanya ada kes kita selesaikan, seluruh rakyat terlibat beri pandangan, kita ambil pandangan dan selesai kes, tutup. Kita mahu isu ini diselesaikan secara tuntas dan menyeluruh,” katanya, memetik laporan Utusan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Bella yang kini ditempatkan di sebuah pusat jagaan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Ismail Sabri berkata, jawatankuasa khas melibatkan pelbagai kementerian itu turut menangani pusat-pusat jagaan yang tidak berdaftar termasuk institusi-institusi agama seperti pusat tahfiz.

“Kita mahu supaya semua pusat jagaan ini didaftarkan, jika tidak susah untuk dipantau dan kita lihat daripada aspek birokrasi yang terlalu banyak sehingga menyukarkan pendaftaran.

“Kerajaan berterima kasih kepada banyak pertubuhan bukan kerajaan yang menguruskan rumah-rumah kebajikan.

“Kerajaan tidak menghalang mereka membantu kumpulan rentan ini, tetapi kerajaan boleh membantu dan mereka perlu berdaftar.

“Inilah fungsi jawatankuasa ini untuk melihat secara lebih terperinci,” katanya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan