Wednesday, July 22, 2026

Islam tak pernah tawar pakej taubat RM20 — Idris Ahmad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN lanjut akan diambil susulan penularan iklan pakej taubat RM20 bagi satu penama baru-baru ini.

Tegas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menerusi ciapan beliau di Twitter hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran tular satu hantaran iklan pakej taubat bagi satu penama dengan harga RM20.

Sehubungan dengan itu, Idris memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan iklan itu untuk memaklumkannya kepada beliau.

Menurutnya, Islam sama sekali tidak pernah menawarkan perkhidmatan sedemikian.

“Mohon maklumkan butiran kepada saya untuk tindakan lanjut.

“Ternyata perkara seperti ini bukan anjuran dalam Islam,” katanya.

Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Muhammad Rozaimi Ramle berkata, rukun bagi perbuatan taubat hanya memerlukan orang yang berdosa sahaja untuk melaksanakannya.-Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan