24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

13 selamat dalam kemalangan lima kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 13 individu berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 357, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada pukul 11.53 malam.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River kemudiannya terus bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, nahas membabitkan lima kenderaan jenis Audi, Proton Perdana, Perodua Bezza, Proton Wira dan Honda HRV.

Advertisements

“Setibanya di lokasi, didapati dua daripada kereta iaitu Perodua Bezza dan Proton Wira terbalik.

“Bagaimanapun, kesemua 13 mangsa tidak tersepit dan masing-masing keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam.

“Kesemua mangsa cedera ringan dan dihantar ke Hospital Slim River untuk pemeriksaan lanjut,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan