26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Lelaki muat naik hasutan di Twitter ditahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga tempatan ditahan semalam kerana disyaki memuat naik dua kenyataan bersifat perkauman dan hasutan di akaun Twitter baru-baru ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di Bagan Serai, Perak.

Katanya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sekeping kad sim milik suspek.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

Advertisements

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan tempoh tahanan reman adalah selama tiga hari bermula hari ini.

“PDRM menasihatkan orang ramai tidak menyalah gunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan, mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci kepada agama, bangsa, kaum, raja dan seumpannya yang boleh mencetuskan ketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan.

“Tindakan tegas akan diaambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan