30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Keahlian MN di Selangor kini lebih 5,000 orang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEAHLIAN Muafakat Nasional (MN) Selangor kini mencecah 5,000 orang, kata Tan Sri Annuar Musa.

Presiden MN itu memaklumkan demikian selepas menerima kunjungan pimpinan dan ahli badan perhubungan MN Selangor ke Ibu Pejabat MN semalam.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Annuar turut mengucapkan tahniah kepada MN Selangor kerana telah mempunyai rangkaian yang luas.

“Harap kita mula tumpukan kepada aktiviti memupuk budaya politik dan kenegaraan yang lebih segar dan berwibawa berteraskan nilai masyarakat pelbagai kaum,” katanya.

Advertisements

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baharu yang mula membuka keahlian kepada orang ramai mulai 10 Disember dan pada 15 Disember keahliannya mencecah hampir 20,000 orang.

Annuar sebelum ini dilaporkan berkata, pertubuhan itu kekal sebagai sebuah NGO dan tidak terbabit dalam gerakan politik.

Beliau menambah, MN akan memainkan peranan menanam nilai serta kefahaman kenegaraan yang berasaskan tiga prinsip, iaitu kasih sayang, perpaduan dan saling menghormati. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan