32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pakej taubat RM20: Jabatan Agama Islam Negeri digesa siasat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Agama Islam Negeri diminta menyiasat kemunculan laman sosial yang didakwa menawarkan pakej taubat dengan bayaran RM20.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata siasatan itu perlu bagi mengesan mereka yang didakwa terbabit pakej berkenaan, untuk diambil tindakan.

“Hendak bertaubat kena bayar duit, ini adalah tidak betul. Jika tidak mempunyai ilmu, kita mudah ditipu orang lain.

“Allah suruh kita mengajar dan belajar menjadi orang berilmu. Ini kerana dengan adanya ilmu, kita tidak mudah ditipu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita seperti dilaporkan Bernama pada Majlis Sumbangan Inspirasi Qaseh Ramadan dan Aidilfitri 1443H Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kepada 70 anak yatim di Kampung Sungai Petai, Changkat Jering, di sini, malam tadi.

Beliau mengulas penyebaran iklan dalam laman media sosial mengenai pakej sesiapa yang ingin bertaubat dikenakan bayaran RM20.

Dalam pada itu, Idris menggesa agensi bawah kementeriannya seperti YaPEIM, agar menyantuni golongan miskin dan tidak hanya menunggu di pejabat.

“Kita meminta semua pegawai agensi yang terbabit dengan masyarakat, supaya pergi mencari mereka. Biarlah kita sendiri yang pergi menyantuni mereka,” katanya.

Idris memaklumkan, Tabung Amanah YaPEIM telah membuat agihan dana sebanyak RM655.91 juta yang memanfaatkan 6.59 juta penerima sejak 1985 hingga 31 Mac tahun ini.

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan