25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Kerajaan pantau kumpulan ajaran sesat Hadi Minnallah

Fahaman berkenaan nyata dan jelas menyimpang daripada ajaran sebenar Islam.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memantau pergerakan kumpulan ajaran sesat dari negara jiran, Hadi Minnallah yang kini dikesan aktif di beberapa negeri di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, fahaman berkenaan nyata dan jelas menyimpang daripada ajaran sebenar Islam.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan ajaran sesat berkenaan yang boleh menjatuhkan akidah umat Islam sebaliknya perlu merujuk guru bertauliah.

“Imam Ghazali menyebut hendak belajar kena ada guru dan kita kena tahu guru itu mursyid iaitu beramal dengan ilmunya yang kita tidak dapat maklumat dari Google atau sebagainya.

“Kalau kita mengaji di tempat jelas seperti masjid dan sebagainya dan jika (ada yang) mengajar di tempat bukan autoriti, kena periksa tengok mengajar dalam rumah, hutan atau gua dan sebagainya itu perkara pelik.

Baca juga:   Sikap tak endah urus harta si mati membimbangkan

“Nasihat saya, apapun mengaji mesti berguru dan segera laporkan pihak berkuasa apabila melihat sesuatu yang menyimpang daripada ajaran Islam,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ajaran Hadi Minnallah yang aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui YouTube, Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.

Berdasarkan video tular itu, seorang lelaki yang mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minnallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia.

Lelaki itu mengaku tiada agama dan menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad serta pluralisme agama di mana dakwanya Tuhan tidak melihat kepada agama selain turut menolak hadis.

Baca juga:   Nasrudin, mohon maaf atau berdepan tindakan sivil - Ibu Yati

Antara ajaran lain dibawa ialah menyeleweng tafsiran al-Quran, menganggap dirinya wali, mengharamkan makan daging dan mewajibkan pengikutnya membayar zakat diri kepadanya sebagai tanda menyucikan diri.

Pengikut kumpulan ini yang berpakaian putih berserban didakwa aktif di Kuala Lumpur; Kajang, Selangor serta Johor.

Malah, tular sejak semalam video memaparkan tindakan beberapa wanita yang berniqab memeluk dan mencium seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan ini dalam satu majlis konvokesyennya di Langkawi.

Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan menyekat penularan ajaran berkenaan.

Baca juga:   Jimmy Palikat bertanding PRN Sabah

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan