29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

3,927 kes baharu, mula menunjukkan penurunan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan Covid-19 di negara ini mula menunjukkan trend penurunan apabila mencatatkan sebanyak 3,927 kes semalam.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada jumlah itu, ia termasuk 14 kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,663,172 setakat ini.

Sejumlah 4,949 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,618, 625 orang.

Dalam pada itu, sebanyak 46, 506 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah negatif 1,028 kes.

Dari segi pecahan di setiap negeri, Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,052.

Advertisements

Diikuti Kuala Lumpur (981), Perak (323), Sabah (313), Pulau Pinang (232), Negeri Sembilan (231), Melaka (155), Johor (128) dan Kedah (121).

Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Sarawak (99), Putrajaya (96), Pahang (93), Kelantan (49), Terengganu (32), Perlis (12) dan Labuan (7).

Dalam perkembangan sama, sebanyak sembilan kematian dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,009.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,654 setakat ini.

Sebanyak 44,843 kes dikuarantin di rumah, 24 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,587 kes di hospital, 14 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 38 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan