32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PDRM nafi ada kaitan akaun palsu di media sosial

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan mempunyai kaitan dengan akaun-akaun palsu di media sosial yang dikatakan cuba memanipulasi wacana awam negara ini.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata PDRM memandang serius laporan daripada pihak syarikat Meta Platforms Incorporated berkenaan.

“PDRM memandang serius laporan pihak syarikat Meta Platforms Incorporated yang mendakwa terdapat akaun-akaun palsu di media sosial yang mempunyai hubungan dengan PDRM.

PDRM menafikan dakwaan terbabit dan sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Advertisements

Terdahulu syarikat teknologi berkenaan mendakwa polis mungkin menjadi dalang di sebalik jaringan dan halaman di media sosial, dalam cubaan memanipulasi wacana awam negara ini.

Syarikat di belakang Facebook dan Instagram itu, mendakwa sudah memadamkan 596 akaun Facebook, 180 halaman, 11 kumpulan dan 72 akaun Instagram kerana melanggar dasar koordinasi perlakuan tidak sahih.

Meta mendakwa, individu di sebalik akaun, halaman dan kumpulan mengendalikan “troll farm”. –Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan