23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Twitter mula padam akaun tidak aktif

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TWITTER sedang dalam proses memadam akaun lama yang terbiar selama beberapa tahun.

Perkara itu dimaklumkan pemiliknya, Elon Musk melalui satu ciapan pada Isnin.

“Kami sedang memadam akaun yang tidak mempunyai aktiviti langsung selama beberapa tahun, jadi anda mungkin akan melihat penurunan bilangan pengikut,” ciap Musk.

Namun, kriteria untuk menentukan pembersihan akaun pengguna bagaimanapun masih tidak jelas.

Advertisements

Dasar akaun tidak aktif Twitter mengatakan pengguna harus log masuk sekurang-kurangnya sekali setiap 30 hari.

Walaubagaimanapun, masih tidak jelas sama ada ia adalah dasar yang akan digunakan oleh syarikat itu menentukan sama ada akaun akan dipadam.

Keputusan Musk untuk melupuskan akaun yang tidak aktif dibuat ketika beliau menerajui Twitter memasuki bulan ketujuh.

Beliau membeli syarikat itu dengan harga AS$44 bilion pada Oktober lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan