29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Hasanuddin dilantik Yang Dipertua Yadim

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berkuat kuasa 3 Mei lalu.

Yadim dalam kenyataan pada Selasa berkata, pelantikan atas persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Hasanuddin berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan hal ehwal masyarakat, sesuai dengan gerak kerja YADIM yang akan melibatkan dakwah kepada orang ramai.

“Mantan Ahli Parlimen Hulu Langat ini juga sebelum ini aktif dalam aktiviti kemasyarakatan selain terlibat dengan badan badan bukan kerajaan,” katanya melalui kenyataan di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Yadim turut mengumumkan perlantikan Profesor Madya Dr Adi Anuar Azmin @ Che Wan sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk organisasi berkenaan dan lantikan tersebut juga berkuat kuasa 3 Mei lepas.

“Profesor Madya Dr Adi Anuar pula merupakan pensyarah kanan di Universiti Malaysia Perlis yang bertugas di Fakulti Perniagaan dan Komunikasi.

“Sesuai dengan penglibatan beliau dalam bidang pendidikan, lantikan ini akan membantu YADIM dalam melahirkan daie daie muda muda dakwah di negara ini.

“YADIM percaya dengan pengalaman dan kepimpinan dua tokoh ini akan meningkatkan kemampuannya sebagai badan dakwah yang menyebar nilai nilai murni Islam dengan Rahmah sesuai dengan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara Madani,” jelasnya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan