24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tutup aurat, ikut syariat Islam? Tiada masalah bagi Hyperrich

Mesti Baca

PERLU memakai pakaian menutup aurat dan mengikuti syariat Islam sebagai syarat untuk menyertai pertandingan Futsal Piala Menteri sedikit pun tidak menjadi masalah kepada pasukan Hyperrich yang dibarisi para pemain bukan Muslim.

Malah pasukan itu muncul juara pada pertandingan sempena Bulan Dakwah 2.0, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

“Apabila diberitahu untuk sertai kejohanan ini perlu tutup aurat, kami tiada masalah. Kami juga faham peserta Muslim perlu berhenti untuk tunaikan solat, ini juga kesempatan untuk yang lain berehat, ia baik untuk semua,” kata Ketua Pasukan Hyperrich, K. Naavin.

Menariknya, Hyperrich merupakan pasukan bukan Islam dari Petaling Jaya yang menyertai kejohanan tersebut, menewaskan Junior FT dari Gombak menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir.

Naavin berkata, syarat pertandingan yang ditetapkan penganjur sebenarnya untuk mempromosikan keharmonian antara kaum di negara ini, apabila ia menyelitkan unsur-unsur bertolak ansur antara satu sama lain.

K. NAAVIN

“Kami sebenarnya rancang untuk hantar pasukan veteran juga, namun atas beberapa sebab mereka tak dapat sertai pada saat akhir,” jelasnya.

Advertisements

Kejohanan futsal pertama kali seumpama itu dianjurkan disertai 23 pasukan dari seluruh negara termasuk agensi kerajaan, institusi tahfiz dan lain-lain.

Selain futsal, turut dianjurkan acara memanah dan bowling.

Ketua Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, pihaknya sememangnua menyantuni semua golongan tanpa mengira latar belakang mereka.

“YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat,” katanya menerusi Facebook Yadim hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program Bulan Dakwah 2.0 itu antaranya petugas kesihatan, RELA dan lain-lain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan