29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KKMM lancar 3 inisiatif untuk manfaat rakyat di AKM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA inisiatif untuk manfaat rakyat telah dilancarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Tiga inisiatif berkenaan adalah Pelancaran platform ketiga penyiaran RTM, Sumbangan ‘Kotak Kasih’ dan Penyampaian geran automasi serta kandungan digital diadakan khusus untuk membantu Keluarga Malaysia dalam usaha pemulihan negara pasca pandemik COVID-19.

Pelancaran berkenaan telah disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Mohammad Mentek mewakili Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan KKMM, inisiatif pemberian ‘Kotak Kasih’ anjuran MyCreative Ventures bersama Shopee dan rakan strategik yang lain merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang akan mengagihkan 10,000 Kotak Kasih berupa bantuan makanan kepada keluarga di seluruh negara.

Manakala, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) selaku agensi peneraju ekonomi digital Malaysia menyerahkan geran bernilai RM4,313,749 bagi tujuan pendigitalan perniagaan dan penghasilan lebih banyak karya animasi serta pembangunan permainan dalam talian (game developers) di bawah kempen #SayaDigital.

Sementara itu, RTMKlik memberi peluang kepada Keluarga Malaysia untuk melihat tontonan program yang disiarkan melalui live streaming sesuai dengan pembudayaan norma baharu.

Usaha dan kerjasama ini mencerminkan semangat Keluarga Malaysia yang diinspirasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang perlu diterapkan dalam semua peringkat masyarakat.- Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan