29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

Rezeki penjawat awam menang Proton X50 di AKM

Diumum pemenang cabutan bertuah program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEGAWAI tadbir Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kartini Abu Kasim berjaya membawa pulang sebuah kereta Proton X50 selepas diumum pemenang cabutan bertuah program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).

Bagaimanapun, Kartini, 41, tiada di dalam dewan ketika namanya diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali kerana sudah pulang selepas selesai bertugas.

Mohd Zuki memutuskan untuk tidak membuat cabutan baharu sebaliknya mengekalkan nama Kartini sebagai pemenang utama.

Mohd Zuki Ali mengumumkan pemenang hadiah cabutan bertuah kereta Proton X50 semasa majlis penutup program 100 Hari Aspirasi Malaysia di KLCC hari ini.- Foto : EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

Sementara itu Kartini yang memiliki empat anak berkata, dia tidak menyangka menjadi pemenang hadiah utama selepas membelanjakan RM300 untuk melayakkannya menyertai cabutan bertuah itu.

“Saya terkejut dan sangat tidak sangka ketika dihubungi penganjur sebentar tadi mengatakan saya pemenang utama cabutan bertuah ini,” katanya yang dihubungi Bernama.

Kartini yang juga seorang daripada petugas di reruai KPLB sepanjang empat hari penganjuran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia berkata, beliau pulang ke rumahnya di Salak Tinggi, Sepang selepas tugasnya selesai.

Baca juga:   Penolong pegawai agensi perladangan ditahan SPRM

“Tak sangka rezeki datang kepada saya. Saya akan ambil hadiah utama itu (Proton X50) hari ini juga,” katanya.

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia anjuran Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu) Jabatan Perdana Menteri itu menampilkan galeri pencapaian kementerian, program bantuan, pameran kementerian dan agensi, persembahan kebudayaan serta pameran dan jualan usahawan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Umat Islam dinasihat tak terlibat acara Thaipusam – Mohd Na’im

UMAT Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam pada hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal...

Lagi Artikel Berkaitan