32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

RM79.8 juta untuk bangun, baik pulih rumah PPRT di Sarawak

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyalurkan RM79.8 juta bagi membina dan membaik pulih rumah rakyat termiskin (PPRT) di wilayah Sarawak tahun ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, jumlah itu meliputi 405 projek bina baharu dan 3,077 projek baik pulih rumah golongan yang memerlukan bantuan program perumahan itu.

“Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ini merupakan bantuan daripada kerajaan untuk membina baharu atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah Miskin Tegar dan Miskin yang ditentukan berdasarkan pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuatkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Enjin Sangkut Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan PPRT dekat Kampung Awat-Awat, Lawas hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah dan Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Lawas, Henry Sum Agong.

Jelas Mahdzir, GiatMARAtelah diberikan tanggungjawab sebagai agensi pelaksana projek PPRT Wilayah Sarawak meliputi 180 unit rumah bina baharu dan 1,162 unit rumah baik pulih dengan peruntukan sebanyak RM29.7juta.

Baca juga:   RM38 juta lagi untuk baiki infrastruktur kawasan bencana

Manakala selebihnya dilaksanakan oleh Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat & Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED).

Sehingga 15 November lalu, sebanyak 800 unit rumah bina baharu telah berjaya disiapkan 75 peratus manakala 10,000 unit rumah telah berjaya disiapkan 100 peratus bagi program baik pulih.

Baca juga:   Stadium Nasional: KBS hargai penajaan rumput oleh TMJ

Bagi daerah Lawas, menurut Mahdzir, sejumlah RM1.5 juta dibelanjakan bagi 15 projek bina baharu dan 32 projek baik pulih rumah penerima manfaatnya.

Manakala bagi daerah Limbang pula, GiatMARAmelaksanakan 19 projek PPRT bina baharu dan 20 projek PPRT baik pulih melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

Bagi Program Peningkatan Pendapatan, PPP, tahun ini KPLB telah menyalurkan sejumlah RM700 ribu kepada GiatMARAWilayah Sarawak.

Daripada jumlah itu, RM500 ribu disalurkan kepada 50 penerima manfaat di daerah Lawas.

Ia merangkumi program meningkatkan pendapatan nelayan kumpulan B40 di daerah itu melalui penyerahan bantuan enjin sangkut kepada 50 pesertanya.

“Kadar bantuan maksimum program PPP adalah sebanyak RM10 ribu, bergantung kepada projek yang dilaksanakan.

Peruntukan projek yang diluluskan akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak kementerian dan bantuannya merangkumi kos latihan atau kursus kemahiran projek yang berjumlah maksimum RM1,500 seorang mengikut keperluan,” kata Mahdzir. – Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   KPLB lancar Pelan Strategik Pendigitalan 2021-2025

Terkini

Nazri Aziz dilantik Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik 10 orang Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia. Antara yang dilantik...

Lagi Artikel Berkaitan