34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Khairy perjelas sebab penganjur AKM dikompaun RM1,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan pertanyaan ramai berhubung kadar kompaun RM1,000 yang dianggap terlalu kecil dikenakan terhadap penganjur program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berlangsung 9 hingga 12 Disember di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Khairy dalam satu perkongsian ciapan temu bual Bicara Naratif Khas di saluran RTM menerusi twiternya berkata, kompaun ke atas penganjur AKM berkenaan dilakukan ketika pindaan mahu dibuat ke atas Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Akta 342).

Menurutnya, kebetulan kejadian berkenaan berlaku ketika kadar RM1,000 dikenakan kembali ke atas kesalahan di bawah akta berkenaan susulan ia dalam proses pindaan serta dirungkai 8 Disember lalu.

“Kalau rakyat nak tahu denda Covid (19) ini dia berpunca daripada undang-undang apa. Dia sebenarnya berpunca dari Akta 342. Dalam itu disebut tentang denda dan sebagainya… dan diperhalusi dalam peraturan tak ada dalam akta itu.

“Dalam akta tersebut maksimum denda yang boleh dikenakan, ini zaman dahulu-dahulu tahun 1988 sebelum kita ada Covid-19, maksimum yang boleh dikenakan adalah RM1,000 tetapi peraturan boleh dibuat.

“Maka bila kita ada ordinan darurat tempoh hari bila darurat diisytiharkan, kita masukkan dalam peraturan ordinan darurat denda yang lebih tinggi,” katanya hari ini.

Advertisements

Menurut beliau, denda RM 10,000 untuk individu dan RM50,000 untuk pertubuhan termasuk syarikat, swasta, agensi kerajaan dan sebagainya.

“Itu yang kita pakai sewaktu kita denda orang ramai dan syarikat-syarikat waktu Covid-19 ini. Kita pakai Ordinan Darurat.

“Malangnya, nak dijadikan cerita, Ordinan Darurat ini diungkaikan pada 8 Disember. Saya nak bawa pindaan baharu (Akta 342) ini pada hari Khamis akan datang dan kejadian ini berlaku betul-betul tengah,” katanya.

Khamis lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan kompaun RM1,000 terhadap pengangjur 100 Hari AKM kerana gagal memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan.

Program anjuran Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri itu turut dihadiri oleh Khairy semasa majlis perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan