26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

80 peratus pencari kerja tidak kompeten, gagal penuhi kriteria

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENCARI pekerjaan adalah pekerjaan yang sangat menuntut pada tahap profesional selain perlu mempunyai keyakinan serta pengetahuan yang tinggi apabila berhadapan dengan majikan.

Bagaimanapun, kira-kira 80 peratus pencari kerja terutamanya mereka yang hadir ke karnival kerjaya gagal untuk memenuhi kriteria-kriteria sebagai pencari kerja yang kompeten.

Perkara itu didedahkan Pengurus Bakat dan Penjenamaan KPMG Malaysia, Zetty Ozleen Othman ketika berkongsi tips di Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi agensinya, Perkeso di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Beliau berkata, lima kriteria yang perlu ada dalam diri pencari kerja, terutama personaliti diri kerana majikan akan melihat calon itu sama ada mempunyai tahap keyakinan diri atau pun tidak.

“Di samping itu, mental dan pengetahuan ketika berhadapan dengan majikan menjadi kunci terpenting.

ZETTY OZLEEN OTHMAN

“Ketiga, macam mana calon tersebut perkenalkan diri, cara menjawab menerusi bidang kerja yang dicari ataupun mengenai syarikat tersebut. Semua itu perlu bersedia dari segi pengetahuan umum,” katanya ketika menjadi penceramah jemputan dalam karnival tersebut.

Zetty berkata, keempat, sekiranya syarikat tersebut tidak menawarkan bidang yang berkaitan dan calon tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang tersebut, calon seharusnya perlu lebih bersikap terbuka dalam mencuba sesuatu bidang yang baharu.

“Terakhir, calon perlu sentiasa bersedia untuk memulakan kerja pada bila-bila masa dan tidak seharusnya memberi banyak alasan.

“Ini kerana kadang-kadang ada calon yang memberi jawapan yang tidak pasti untuk memulakan kerja, menyebabkan majikan akan teragak-agak dalam menawarkan pekerjaan kepada mereka,” katanya di sini.

Beliau menambah, begitu juga jika majikan menawarkan jawatan secara kontrak kepada calon, namun secara terang-terangan calon menolaknya.

“Mentaliti sebegini seharusnya perlu dikikis, mungkin ada sesetangah majikan ingin melihat dahulu produktiviti kerja sebelum menawarkan jawatan tetap,” katanya.

Sebagai kesimpulannya, Zetty berkata, pencari kerja perlu mempunyai persediaan mental yang tinggi, bersedia untuk bekerja, di samping cara percakapan yang profesional apabila berhadapan dengan majikan.

“Sekiranya semua elemen itu ada pada diri pencari kerja, tidak mustahil majikan akan terus menawarkan pekerjaan, melihat kepada personaliti seseorang pencari kerja itu sendiri,”katanya.- Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan