25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dua beradik yatim piatu sekelip mata, ibu bapa maut kemalangan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA beradik berusia enam dan lapan tahun yatim piatu sekelip mata apabila kedua-dua ibu bapa mereka maut dalam kemalangan yang turut membabitkan kanak-kanak berkenaan di kilometer 181, Lebuhraya Utara -Selatan (arah Selatan), di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang berkenaan, Mohammad Anas Awang, 32, dan isterinya, Siti Hafissah Zamri, 34, maut manakala anak mereka, Muhammad Afiq, 8, dan Siti Nur Alya Adriana, 6, tidak mengalami kecederanaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Mazda RX8 yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri lebuh raya.

“Kereta mangsa kemudiannya melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang wanita berusia 26 tahun.

“Akibat perlanggaran itu, Mohammad Anas yang beralamat di Markas Tentera Darat, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur tercampak keluar dari keretanya ke atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia.

Advertisements

“Isteri mangsa meninggal dunia di dalam kereta manakala dua orang anak mereka serta pemandu dan penumpang kereta Perodua Kancil tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurut Mazuki, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan