30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 3, 2022

6,500 pencari kerja daftar Karnival Keluarga Malaysia

Akan anjurkan Karnival Kerjaya OKU di WTC Selasa ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 6,500 pencari kerja telah mendaftar pada Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, daripada jumlah itu, seramai 233 individu telah berjaya ditawarkan pekerjaan serta-merta, manakala 1,259 individu lagi telah melayakkan diri ke proses temu duga peringkat kedua.

Beliau berkata, antara majikan yang membuat pengambilan pekerja tertinggi adalah UMW Corporation, Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii), 7 Eleven Malaysia dan Bank Muamalat.

“Selain sesi temu duga, para pencari kerja juga berpeluang memanfaatkan perkhidmatan pekerjaan lain yang turut disediakan di karnival ini.

“Perkhidmatan tersebut termasuk bantuan seperti bantuan pendaftaran ke Portal Pekerjaan Nasional – MYFutureJobs, bengkel penyediaan resume, taklimat kerjaya dan bimbingan carian pekerjaan secara percuma,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga:   Selesaikan kemelut secara harmoni, jangan ada ‘batu api’

Mohammed Azman berkata, bagi meneruskan kejayaan penganjuran Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia, pihaknya akan menganjurkan Karnival Kerjaya Orang Kelainan Upaya (OKU) di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (KLWTC), Selasa ini.

Tambah beliau, karnival pekerjaan khas untuk golongan OKU ini akan melibatkan penyertaan dari 16 majikan pelbagai sektor seperti Padini, AEON, McDonald’s Malaysia dan Nando’s.

“Karnival Kerjaya OKU ini menawarkan lebih 1, 967 jawatan kosong.

“Justeru, Perkeso ingin menyeru golongan OKU yang aktif mencari pekerjaan untuk menyertai karnival ini dengan membuat prapendaftaran menerusi pautan https://bit.ly/KarnivalOKU2.

Baca juga:   Lebih 275,000 jawatan kosong dalam MyFutureJobs

Jelasnya, mereka juga berpeluang menerima Insentif Mobiliti di bawah program PenjanaKerjaya sehingga RM1,000 jika ditawarkan pekerjaan. – Edisi 9

Terkini

Keputusan peperiksaan SVM, PASM 4 Julai ini

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2021 dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2021 akan...

Lagi Artikel Berkaitan