28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM lancar 3 inisiatif bangunkan sumber manusia secara mampan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan tiga inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam usaha membangunkan sumber manusia secara berterusan dan mampan.

Tiga inisiatif tersebut meliputi inisiatif Pusat Satelit MyFutureJobs, penggunaan tracker di Institute Latihan, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Sidang Kemuncak Transformasi Pembangunan Sumber Manusia Antarabangsa (HRTS).

Kementerian Sumber Manusia menerusi kenyataan memaklumkan inisiatif penggunaan tracker  adalah bagi menangani penularan COVID-19 di institusi pengajian JTM.

“JTM merupakan institusi pendidikan pertama yang menggunakan tracker yang dibangunkan oleh Malaysia Automotibe Robotics and IoT Institute (MARii) yang sebelum ini hanya digunakan dalam kalangan industri.

“Penggunaan tracker ini akan membolehkan pengesanan kontak rapat yang lebih efetif bagi memastikan keseluruhan institusi tidak ditutup sekiranya terdapat kes COVID-19 dalam kalangan pelatih,”katanya.

Selain itu, HRTS yang turut dilancarkan hari ini akan dilaksanakan pada Mac 2022 dengan kolaborasi Human Resource Development Corporation (HRD Corp).

Advertisements
Ismail Sabri Yaakob menyantuni pengunjung selepas majlis pelancaran Karnival Kerjaya dalam program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC hari ini. – Foto:EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

Persidangan ini adalah julung kali diadakan dan akan melibatkan Menteri Perburuhan dan Sumber Manusia dari negara-negara rantau Asia Pasifik serta pelbagai pemegang taruh serantau yang berkaitan.

Persidangan ini antaranya akan membincangkan mengenai isu-isu dan cabaran terkini serta solusi Human Resource 5.0 (HR5.0) yang berkonsepkan penggunaan teknologi termasuk pendigitalan untuk keperluan guna tenaga manusia di masa hadapan.

Inisiatif Pusat Satelit MyFutureJobs pula ialah kolaborasi KSM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial  (PERKESO) yang dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Sehingga kini, terdapat 61 Pusat Satelit MyFutureJobs di seluruh negara yang diwujudkan sebagai transit satellite centre kepada golongan pencari kerja di luar bandar dan desa yang mengalami kekurangan fasiliti untuk akses kepada portal MyFutureJobs.

Pelancaran kesemua inisiatif berkenaan disempurnakan Perdana Menteri, pada Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia yang diadakan bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang memasuki hari kedua hari ini.

Ismail Sabri kemudiannya turut meluangkan masa melawat reruai di karnival berkenaan selain beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan