31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

ExxonMobil temuduga 230 calon dalam Karnival Kerjaya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EXXONMOBIL Malaysia telah mengadakan sesi temuduga dengan lebih 230 calon pada Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia bersempena dengan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

ExxonMobil menerusi kenyataan berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Perkeso dalam Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia tersebut.

“Kami amat mengalu-alukan bakat baharu untuk menyertai kami sebagai sebahagian dari keluarga ExxonMobil dengan memulakan kerjaya bersama kami,” katanya.

ExxonMobil telah beroperasi di Malaysia selama 128 tahun dan terus melabur dalam membangunkan modal insan di Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja global mereka.

Pada 2022, ExxonMobil merancang untuk menawarkan lebih 300 pekerjaan mahir baharu dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat ke Malaysia.

ExxonMobil Malaysia merupakan pemenang Anugerah Majikan Graduan Terkemuka Malaysia 100 dan baru-baru ini memenangi anugerah Majikan Siswazah Paling Diutamakan 2022 oleh Graduates’ Choice Award.

Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia di 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di Dewan 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula dari 9 pagi hingga 5 petang, dari 9 hingga 11 Disember 2021.

Anda berpeluang menyertai Bengkel Kerjaya, Kaunseling Kerjaya, Temu Duga Terbuka kepada semua golongan dan lawati pelbagai pempamer dari pelbagai organisasi yang menawarkan peluang pekerjaan. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan