28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

KSM nafi sokong penuh SPDRM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KSM) menafikan memberi sokongan penuh kepada Sistem Pengambilan Pekerja Asing dan Pengurusan Sumber Manusia (SPDRM) seperti yang dilaporkan media semalam.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan KSM berkata, tiada sebarang perbincangan yang pernah dibuat mengenai SPDRM dengan mana-mana pihak.

“KSM merujuk kepada laporan media semalam berkenaan dengan SPDRM yang dikatakan dapat menangani isu pemerdagangan orang serta mempercepatkan kemasukan pekerja asing ke negara ini.

“SPDRM juga dinyatakan telah mendapat sokongan penuh KSM dan memenuhi peraturan pengambilan pekerja asing termasuk syarat ditetapkan di negara ini dan negara-negara sumber.

Advertisements

“KSM ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang perbincangan yang pernah dibuat mengenai SPDRM dengan mana-mana pihak.

“Justeru, kenyataan menyatakan KSM memberikan sokongan penuh kepada SPDRM adalah tidak benar sama sekali,”menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu KSM berkata, pihaknya berharap penjelasan diberikan itu menjawab sebarang persoalan atau kekeliruan dikalangan majikan atau industri khususnya perwakilan diplomatik negara-negara sumber di negara ini mengenai SPDRM. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan