27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sambutan luar jangka, 103,000 hadiri 100 Hari AKM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROGRAM 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) menerima sambutan luar jangka dengan seramai 103,000 individu mengunjungi program selama empat hari itu, berbanding 20,000 orang pada sasaran awal.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pameran Jom Masuk IPT Keluarga Malaysia, Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia, Diskaun Saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan PengangkutanJalan (JPJ), Sukan Rakyat dan pertandingan e-Sukan antara menjadi tarikan utama para pengunjung.

Menurutnya, keseluruhannya sebanyak 31 rerurai pameran kementerian yang terdiri daripada 26 kementerian dan lima agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta 102 jualan gerai usahawan telah dibuka sepanjang program tersebut.

“Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia telah menawarkan 24,136 pelbagai jawatan daripada 75 majikan. Seramai 3,628 peserta daripada 4,005 orang peserta berdaftar telah dipanggil menghadiri temuduga dan 2,690 orang telah berjaya ke tapisan akhir dalam jawatan yang dipohon setakat ini.

“Program Jom Masuk IPT Keluarga Malaysia pula telah memberi peluang kepada pengunjung terutamanya lebih 5,000 orang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), para pelajar dan ibu bapa yang hadir.

PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang melihat dengan lebih dekat senjata api pasukan khas ATM semasa melawat ruang pameran Kementerian Pertahanan sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC hari ini. Foto : EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

“Ini bagi mendapatkan maklumat, tawaran secara langsung memasuki program asasi, politeknik, kolej komuniti dan institut pengajian tinggi (IPT) di samping menerima bantuan berbentuk komputer riba, bantuan tunai, pelan data dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan rumusan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.

Mohd Zuki berkata, kaunter pembayaran saman PDRM dan JPJ yang berlangsung telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sehingga menyebabkan talian dan pelayan PDRM sesak akibat limpahan data pengguna yang terlalu tinggi.

Menurutnya, lanjutan diskaun pembayaran saman sebanyak 80 peratus masih ditawarkan kepada seluruh Keluarga Malaysia sehingga 31 Disember 2021.

“Orang ramai boleh membuat semakan dan pembayaran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau Ibu Pejabat Kontinjen seluruh negara serta secara dalam talian.

“Setakat ini, sejumlah 2,326,403 saman telah dijelaskan dengan nilai RM109,297,180 manakala diskaun pembayaran kompaun saman JPJ pula dilanjutkan sehingga 15 Disember 2021,” katanya.

Menurutnya, kerjasama baik di antara semua kementerian dan agensi dalam menjayakan penganjuran program berkenaan berjaya menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat.

“Pelbagai perkhidmatan secara langsung ditawarkan seperti penerangan perkhidmatan kerajaan, insolvensi, permohonan skim kredit, kaunseling kewangan, sesi bimbingan dan khidmat nasihat usahawan, pemberian insentif dan banyak lagi.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan