26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

BSH RM300 veteran tidak berpencen bermula usia 60 tahun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN telah bersetuju Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan bagi veteran tidak berpencen pada usia 60 tahun berbanding sebelum ini hanya dinikmati pada umur 80 tahun. 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pemanjangan bantuan itu berkuat kuasa September ini.

Katanya, BSH tersebut dijangka memanfaatkan seramai 41,970 veteran tidak berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.

“Pemanjangan BSH kepada veteran tidak berpencen pada usia 60 tahun ini adalah kesinambungan keprihatinan Kerajaan kepada penjawat awam.

“Selain daripada insentif kewangan, kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga dititik beratkan untuk diberi keutamaan jawatan lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam bersesuaian dengan pengalaman dan kemahiran mereka,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Advertisements

Keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PA) Bilangan Dua 2023 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk rekod, kali terakhir semakan Skim Saran Perkhidmatan Awam dilaksanakan adalah pada 2001 dan penambahbaikan gaji tidak dibuat sejak 2013.

Mohd. Zuki berkata, kerajaan sebelum in telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam dan RM200 kepada pesara semasa pembentangan Ekonomi Madani yang akan dibayar pada 10 Ogos ini. 

Selain itu katanya, pada tahun ini, penjawat awam juga telah menikmati Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 sejak Januari serta Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 dan Bantuan Khas Kewangan 2023 sebanyak RM700 pada awal tahun.

“Sebagai bukti bahawa penjawat awam juga sentiasa berpegang kepada lafaz ikrar perkhidmatan awam, maka saya dan penjawat awam akan terus komited dalam memastikan setiap dasar dan inisiatif kerajaan disegerakan serta dilaksanakan dengan jayanya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan