33 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

PRN: 260 pusat mengundi awal dibuka pukul 8 pagi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 260 pusat yang mengandungi 377 tempat mengundi dibuka seawal pukul 8 pagi tadi bagi pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Pengundian awal ini melibatkan seramai 98,785 anggota tentera dan polis bersama pasangan masing-masing dijangka menunaikan tanggungjawab menundi hari ini.

Secara umumnya, pengundian awal ini melibatkan sebanyak 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri yang terlibat PRN.

Daripada jumlah itu, seramai 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terlibat dengan proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu yang berlangsung serentak dengan PRN enam negeri.

Pusat pengundian pertama yang akan ditutup ialah bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk pada pukul 12 tengah hari, diikuti DUN Bandar pada pukul 2 petang dan DUN Ladang (5 petang) manakala tiada pengundian awal bagi DUN Wakaf Mempelam.

Advertisements

Untuk rekod, Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan untuk PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta PRK Kuala Terengganu adalah daftar pemilih yang dikemas kini sehingga 21 Jun lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan PRN dan PRK Kuala Terengganu diadakan serentak, dengan tarikh penamaan calon pada 29 Julai lalu, undi awal pada hari ini dan hari pengundian ditetapkan pada 12 Ogos.

Tempoh berkempen ditetapkan adalah selama 14 hari bermula hari penamaan calon pada dan hanya akan berakhir pada pukul 11.59 malam, Jumaat ini.

PRN di enam negeri kali ini melibatkan sebanyak 36 kerusi DUN di Kedah, Pulau Pinang (40), Kelantan (45), Terengganu (32),  Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan