29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PRN: 18,557 polis dan pasangan mengundi awal di Selangor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 18,557 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Selangor bersama pasangan dijangka keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, seramai 8,000 jumlah anggota tentera di Selangor akan keluar mengundi menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 26,557 orang.

Katanya, kekuatan polis yang ditugaskan bagi Kontinjen Selangor untuk PRN kali ini adalah seramai 13,859. 

“Memang arahan telah diberikan sebagai rakyat Malaysia dan anggota polis memang kita wajib melaksanakan tanggungjawab mengundi. 

“Saya yakin peratusan mengundi akan tinggi. Yang lepas (pilihan raya) 97 peratus keluar mengundi. Insya-allah kali kita akan dapatkan lebih, tidak kurang,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Hari pengundian bagi PRN enam negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu ditetapkan Sabtu ini.

Di PGA Briged Tengah, seramai 1,031 pegawai, anggota serta pasangan terlibat dalam pengundian awal sementara anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat pula adalah seramai 801 anggota. 

Sebanyak 68 pusat mengundi awal dan 93 saluran dibuka di Selangor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan