27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Hari Kebangsaan: DBKL edar 32,500 Jalur Gemilang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengedarkan 32,500 Jalur Gemilang pelbagai saiz bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Ia diedarkan kepada wakil agensi kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan, Majlis Perwakilan Penduduk, persatuan penjaja dan peniaga, pemandu teksi, penghantar makanan dan pemandu kenderaan milik DBKL.

Penyerahan Jalur Gemilang itu disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh, di Lobi Menara 1 DBKL, semalam.

Advertisements

DBKL menerusi kenyataan berkata, pelbagai program dirangka seperti Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat DBKL, KL Street Jam, Program KL Car Free Morning Edisi Khas Merdeka dan Karnival Bola Sepak Perumahan DBKL @ DBKL Home Cup 2023 edisi kedua yang akan berlangsung sepanjang Ogos dan September.

“Selain itu, pertandingan mewarna pada 13 Ogos di Stadium Titiwangsa, program derma darah dan Konsert Ambang Merdeka di Dataran Merdeka pada 30 Ogos,”katanya.

Justeru, semua warga kota diajak mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan premis masing-masing bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan