27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

PRN: Jangan eksploitasi isu 3R ketika berkempen – Ayob Khan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia mengingatkan semua calon dan parti politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) supaya tidak cuba membangkitkan isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) ketika berkempen.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membakar sentimen tersebut.

“Mungkin selepas kita beri amaran, juga institusi diraja, saya rasa tiada (kes 3R), kita harap perkara ini berterusan sehingga habis pilihan raya 12 Ogos, tiada isu 3R dibangkit ahli politik. 

“Tidak kira dari sebelah (parti) mana. Jangan eksploitasi atau guna isu 3R dalam kempen. Kalau ada kita akan ambil tindakan tegas,” katanya dalam sidang media ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Advertisements

PRN di enam negeri diadakan serentak dengan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam pada Jumaat ini.

Selain PRN di enam negeri, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak pada 12 Ogos ini.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, terdapat 70 kawasan panas atau hotspot telah dikenal pasti sehingga semalam.

Hotspot untuk Selangor ada 70 dan setakat semalam, laporan yang dibuat sehingga 6 Ogos adalah sebanyak 518 dan daripada jumlah itu, 20 daripadanya berkaitan pilihan raya dan kertas siasatan telah kita telah buka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan