27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Anugerah TikTok Malaysia diperkasakan oleh Siri Honor

Mesti Baca

HONOR Malaysia buat julung kalinya telah dipilih sebagai rakan rasmi bagi Anugerah TikTok Malaysia.

Honor berkata, kerjasama ini diharap dapat menyatukan dunia teknologi dan kreativiti malah ia diadakan bagi meraikan bakat dan inovasi luar biasa komuniti TikTok Malaysia, pada masa sama menunjukkan kesungguhan HONOR memperkasa kreativiti digital.

“Anugerah TikTok ini dijangka menjadi satu majlis terbesar di Malaysia dan dipenuhi kemeriahan serta berwarna-warni, bakal menyatukan pencipta kandungan dan pempengaruh di bawah satu bumbung digital.

“Dengan adanya Honor sebagai tulang belakang, kami harap majlis ini menjadi satu kenangan yang akan diingati sampai bila-bila selain membawa anjakan baru dalam landskap media sosial,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sebagai jenama yang terkenal sebagai perintis teknologi, kerjasama antara Honor Malaysia dengan Anugerah TikTok dilihat sebagai gabungan yang mantap.

Kedua-duanya komited untuk memupuk kreativiti serta inspirasi terhadap inovasi dan gabungan ini bakal menghidupkan lagi kreativiti digital seluruh negara.

Keluaran terbaharu Honor iaitu siri Honor 90 5G dan Siri Honor Magic5 kini menjadi perhatian dan rebutan ramai peminat dengan reka bentuk yang bergaya dan ciri-ciri yang inovatif terutamanya kamera super sensing yang dapat menghasilkan hantaran foto dan video terbaik untuk dimuat naik di media sosial.  

Kehebatan Honor 90 5G baharu pastinya membawa perubahan besar dalam ciptaan kandungan TikTok dengan keupayaan kamera yang menjadi peneraju dalam industri.

Advertisements

Tarikh pengumuman rasmi Anugerah TikTok hampir tiba, banyak lagi keseronokan bakal menanti buat pencipta kandungan, peminat dan penggemar teknologi.

Dengan Honor Malaysia sebagai tunggak utama, majlis ini bakal mencipta sejarah, meraikan kreativiti digital tanpa batas serta menyatukan dunia teknologi dan bakat semulajadi.

Pencalonan akan bermula 15 Ogos hingga 26 Ogos dan pencipta kandungan akan bersaing menunjukkan bakat untuk merebut anugerah bagi 14 kategori yang akan dipertandingkan.

Pada majlis ini, Honor Malaysia akan tampil menyerahkan anugerah ‘Pencipta Kandungan Terbaik Tahun 2023’ kepada peserta yang menghasilkan kandungan paling inovatif dan menarik yang dapat menyerlahkan inti pati sebenar jenama Honor.

“Kepada pencipta kandungan seluruh Malaysia ini peluang keemasan untuk anda.

“Bersedia untuk menyaksikan gabungan pertama kali dunia teknologi dan kreativiti kerana Honor Malaysia bakal menyerlah di Anugerah TikTok pertama di Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Nantikan malam yang penuh gilang-gemilang dan meriah dengan kepintaran digital yang pastinya membuatkan penonton terpesona dan terinspirasi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan